My face is nano-happy!

Salam,

Ok now nak cerita pasal muka. Yes, muka. Tapi bukan muka je lah, dengan facial wash nye sekali. Hehe.

Today, setelah penat badan tunggu kereta habis diservis.. terus lah singgah pergi Giant. Tujuan, nak pergi attack Guardian and cari pencuci muka sebab my facial wash habis dah.

Sebelum ni, saya guna facial wash dari Nicole Miller US. Product agak ok tapi mahal lah sikit kan. Malas lah pulak nak pergi order-order ni. And, kalau nak tahu my skin type adalah yang jenis 2 in 1. Haha. Ada oily sikit, ada dry sikit. Bila dia nak oily.. dia akan suka-suka hati oily tak terkata, and bila dia nak kering.. dia akan kering kontang je macam kat desert mana entah.

Ok, setelah sampai Guardian kesayangan. Haha. Saya pun pergi lah kat section skin care tu, saya belek-belek itu, saya belek-belek ini. Semua product facial wash saya baca and saya pegang ambik satu-satu. Agak dalam satu jam jugak lah saya duk berdiri kat section tu.
Almaklum lah kan..umur dah 28, semua nak kena jaga kasik mantap. Kan? Haha. Ok ok, setelah one hour duk berdiri analyzed facial product, I decided to buy this one product named Nano White. Kalau tak silap, kat tv model dia si awek Farid Kamil tu, apa entah nama dia lupa pulak. Ok abai kan. Saya beli stater pack dia which consist of 6 things in it.
  1. Awakening Snow  Wash
  2. Refining Treatment Toner
  3. Cell Moist Whitenor
  4. Hydrating Whitening Mask and,
  5. Hydrating Serum Concerntrate
Tu semua adalah basic facial wash and moisturizer dia. If kita nak kesan yang lebih elok, and kalau nak cepat-cepat putih. Hehe. Kita boleh je nak tambah product dia yang lain-lain such as:
  1. Microfoliating Clay Cleanser - untuk buang apa-apa yang tersumbat dalam pores
  2. Clarifying Cleansing Milk - untuk senang buang makeup
  3. Polishing Renewal Exfoliator - untuk remove blackheads and dead skin cells and untuk lawan signs of ageing
  4. Omega Day Shiled SOF50++ - untuk protect your skin from UV light and untuk mencerah - ini dia kata guna dalam 3 hari dah boleh nampak kesan tau. 3 freaking days k.
  5. Eye Brightener - untuk me reduce kan black circle kat mata
  6. DNA Protector - untuk mencerah dengan cepat and kurang kan fine lines kat muka
  7. Intensive De-pigmentor - untuk kurang kan parut jerawat as well as sun spot 
I don't know why, but I am so attracted to this product when I first read about its description. Oh, the starter pack on costs me RM100. Tak mahal sangat untuk product yang banyak. For more details, please go here.
Ok, bila sampai je rumah, terus lah rajin nak cuci muka kan? Hehe. Saya pun apa lagi, cuci muka and terus pakai the whitening mask tu. Pergh, the effect is so best. Muka tak berminyak, lembut je.. cerah belum nak nampak sangat lah kan sebab baru sekali pakai. And, what best about this product is, bau dia tak berapa kuat sangat.. sedap je bau dia. so soothing macam tu. Lembut je. Hehe.

So, to siapa-siapa yang agak-agak nak cerah kulit, sila lah cuba this product. I'll give my next review after one week of use ok! Promise!

Ok, cerita habis already. Bye!

Exchanging Team

Salam,

Ok now nak cerita a bit my kisah kat office tempat ku mencari nafkah hari-hari.

Tempat kerja ku bernama S, yang buat macam-macam business besar-besar. Tapi saya makhluk yang kecil halus ni bekerja dalam area telecommunication. Ye, telecommunication! Tapi saya bukan orang Telekom k. Ok lah, kerja saya hari-hari adalah untuk manage documents, database, site audits and info-info pasal frequency and all lah, kerja saya ok. Just ok. Menarik in some perspective but just ok.

Why did I say 'Just ok', sebab kerja saya tak berapa nak mencabar sangat lah. Setelah nak 2 tahun saya kerja kat company S, saya rasa otak saya macam ada sikit 'terberhenti'. Bukan brain freeze k, and bukan jugak otak tu mati. I'm still well alive k. Cuma.. saya rasa, saya nak something new untuk dibuat or dibelajar *Kalau tukang mark paper BM tengok ayat ni, mesti dia fail kan terus BM saya ni kan? Dibelajar? Wujud ke perkataan macam tu? Haha*.

Ok lah sambung cerita balik, I'm a person whom always seek for challenge, to try something new. Exciting things. And.. nak dijadi kan cerita best, satu hari saya telah dipanggil dengan boss. Boss tanya 'Shikin kerja maca mana? Ok ke? *Oh by the way, boss panggil ni pun sebenar nya ada sebab lain. Mulut tempayan lagi boleh ditutup, mulut manusia pulak dok bukak luas2 tak boleh nak tutup*. Ok lah, saya jawab 'My work is just fine, I have no problem what so ever with my work, but I just don't love it. I need something that can challenge my mind and my thinking. Something that I'll love to do everyday.' Yaaa, saya nak kerja yang lebih 'Value added' lah kalau nak senang cerita. Lebih, ok. After borak panjang dengan boss tersayang, boss pun cakap 'Nanti forward lah resume kat saya, saya nak tengok your past experience and skills and saya akan tengok team mana yang sesuai untuk Shikin'. Oh! bila boss cakap macam tu, mata saya macam bersinar-sinar bak berlian. Haha. Sebab nya, from that.. saya tahu, saya ada harapan nak masuk team lain and buat new things.
Resume forwarded the next week after the chat we had. Boss got to me and said, 'I'll get back to you by the end of this week ok'. I said 'Ok'. Tapi... tak sempat nak sampai end of the week pun, boss dah panggil balik and bagitahu berita gumbira kat saya. Alhamdulillah, I got the opportunity I've always wanted. Cuma belum officially declare yang saya dah ditukar kan team lah. So in this week itself, I attended training with my new team and new team members as well. My first training with them. I love it. It's new. It's mind challenging and it's something I definitely need. I'm ready. *Grinning*

Ok dah habis cerita nya, till then bye!


Ramadhan 2011

Salam,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak to everyone ye! Rasa nya it is not too late to wish.

Ok, now nak cerita.. Eh? Ada cerita ke pun? Ok fine, tak ada lah sangat. Haha. Well, for me Ramadhan kali ni sangat-sangat lah excited nya. Sebab apa? Sebab it's puasa time lah. Setahun sekali je bulan puasa ni datang tau, so yeah I am very excited for it.

Alhamdulillah, this time around saya agak rajin jugak lah menunaikan solat tarawih kalau nak compare dengan tahun-tahun yang lepas, maybe kesedaran tu dah meningkat memandang kan umur pun dah meningkat jugak. Oh yeah, I just turned 28 last July k. I still want to say this 'umur meningkat but I am still young at heart and muka pun masih muda belia lagi! Aww'. Eh jangan memain ok, budak umur 21 pun said I look like I'm in my 23rd k. Itu adalah fakta sahih.

Ok ok, back to my Ramadhan story.. well like always, everytime Ramadhan mesti lah got bazaar Ramadhan kan? So yeah, I'm one of those people yang tak miss pergi bazaar. Sebab nya, bazaar Ramadhan just belakang rumah je. Haha. How lucky I am? Very! Hehe. Oh lagi pun, bulan puasa adalah bulan rehat-rehat, so my mom herself pun tak memasak sangat in bulan puasa. Yang tinggal dalam rumah pun semua nya dah bekerja except for my sister yang masih study, so.. setelah penat drove home, memang tak ada semangat lah nak masak kan? apa lagi, went straight to the bazaar lah jawabnya. Hee.

In bulan Ramadhan jugak lah, otak berjalan dengan agak laju fikir about kuih raya apa yang nak dibuat. Mom already made a statement which is 'Ibu taknak beli kuih raya tahun ni, Ibu nak anak-anak ibu yang buat kuih raya.' Yaaa itu dia statement yang agak berapi dari bonda ku sayang. Haha. Tapi saya sebagai anak, faham.. sebab nya anak bonda ni memang pandai bake kuih! Aww *Masuk besen angkat sendiri nampak Kin* Kihkihkih. Ok ok, tahun kuih raya yang dicita-cita nak buat tu adalah :
  • Chocolate chip cookies
  • Kuih tart nenas (InsyaAllah)
  • Brownies (My sister's department. Hehe)
  • Kuih cornflakes madu (Wajib - sister's department)
  • Kuih semperit (InsyaAllah)
Haa.. tu je lah for now. TO DO list je to, tapi tak tahu mampu buat semua ke tak ye. Hehe. Apa pun, semangat memang berkobar-kobar nak bake cookies raya sebab dah lama rasanya tak mem bake apa-apa ni.
Ok that's all for now, my Ramadhan story.

Till then, bye!

On hiatus

Salam,

Hi all, yes I was on hiatus! Lama dah rasanya tak ber blogging ni.

But.... now I'm back. Hehe.