My face is nano-happy!

Salam,

Ok now nak cerita pasal muka. Yes, muka. Tapi bukan muka je lah, dengan facial wash nye sekali. Hehe.

Today, setelah penat badan tunggu kereta habis diservis.. terus lah singgah pergi Giant. Tujuan, nak pergi attack Guardian and cari pencuci muka sebab my facial wash habis dah.

Sebelum ni, saya guna facial wash dari Nicole Miller US. Product agak ok tapi mahal lah sikit kan. Malas lah pulak nak pergi order-order ni. And, kalau nak tahu my skin type adalah yang jenis 2 in 1. Haha. Ada oily sikit, ada dry sikit. Bila dia nak oily.. dia akan suka-suka hati oily tak terkata, and bila dia nak kering.. dia akan kering kontang je macam kat desert mana entah.

Ok, setelah sampai Guardian kesayangan. Haha. Saya pun pergi lah kat section skin care tu, saya belek-belek itu, saya belek-belek ini. Semua product facial wash saya baca and saya pegang ambik satu-satu. Agak dalam satu jam jugak lah saya duk berdiri kat section tu.
Almaklum lah kan..umur dah 28, semua nak kena jaga kasik mantap. Kan? Haha. Ok ok, setelah one hour duk berdiri analyzed facial product, I decided to buy this one product named Nano White. Kalau tak silap, kat tv model dia si awek Farid Kamil tu, apa entah nama dia lupa pulak. Ok abai kan. Saya beli stater pack dia which consist of 6 things in it.
  1. Awakening Snow  Wash
  2. Refining Treatment Toner
  3. Cell Moist Whitenor
  4. Hydrating Whitening Mask and,
  5. Hydrating Serum Concerntrate
Tu semua adalah basic facial wash and moisturizer dia. If kita nak kesan yang lebih elok, and kalau nak cepat-cepat putih. Hehe. Kita boleh je nak tambah product dia yang lain-lain such as:
  1. Microfoliating Clay Cleanser - untuk buang apa-apa yang tersumbat dalam pores
  2. Clarifying Cleansing Milk - untuk senang buang makeup
  3. Polishing Renewal Exfoliator - untuk remove blackheads and dead skin cells and untuk lawan signs of ageing
  4. Omega Day Shiled SOF50++ - untuk protect your skin from UV light and untuk mencerah - ini dia kata guna dalam 3 hari dah boleh nampak kesan tau. 3 freaking days k.
  5. Eye Brightener - untuk me reduce kan black circle kat mata
  6. DNA Protector - untuk mencerah dengan cepat and kurang kan fine lines kat muka
  7. Intensive De-pigmentor - untuk kurang kan parut jerawat as well as sun spot 
I don't know why, but I am so attracted to this product when I first read about its description. Oh, the starter pack on costs me RM100. Tak mahal sangat untuk product yang banyak. For more details, please go here.
Ok, bila sampai je rumah, terus lah rajin nak cuci muka kan? Hehe. Saya pun apa lagi, cuci muka and terus pakai the whitening mask tu. Pergh, the effect is so best. Muka tak berminyak, lembut je.. cerah belum nak nampak sangat lah kan sebab baru sekali pakai. And, what best about this product is, bau dia tak berapa kuat sangat.. sedap je bau dia. so soothing macam tu. Lembut je. Hehe.

So, to siapa-siapa yang agak-agak nak cerah kulit, sila lah cuba this product. I'll give my next review after one week of use ok! Promise!

Ok, cerita habis already. Bye!

Exchanging Team

Salam,

Ok now nak cerita a bit my kisah kat office tempat ku mencari nafkah hari-hari.

Tempat kerja ku bernama S, yang buat macam-macam business besar-besar. Tapi saya makhluk yang kecil halus ni bekerja dalam area telecommunication. Ye, telecommunication! Tapi saya bukan orang Telekom k. Ok lah, kerja saya hari-hari adalah untuk manage documents, database, site audits and info-info pasal frequency and all lah, kerja saya ok. Just ok. Menarik in some perspective but just ok.

Why did I say 'Just ok', sebab kerja saya tak berapa nak mencabar sangat lah. Setelah nak 2 tahun saya kerja kat company S, saya rasa otak saya macam ada sikit 'terberhenti'. Bukan brain freeze k, and bukan jugak otak tu mati. I'm still well alive k. Cuma.. saya rasa, saya nak something new untuk dibuat or dibelajar *Kalau tukang mark paper BM tengok ayat ni, mesti dia fail kan terus BM saya ni kan? Dibelajar? Wujud ke perkataan macam tu? Haha*.

Ok lah sambung cerita balik, I'm a person whom always seek for challenge, to try something new. Exciting things. And.. nak dijadi kan cerita best, satu hari saya telah dipanggil dengan boss. Boss tanya 'Shikin kerja maca mana? Ok ke? *Oh by the way, boss panggil ni pun sebenar nya ada sebab lain. Mulut tempayan lagi boleh ditutup, mulut manusia pulak dok bukak luas2 tak boleh nak tutup*. Ok lah, saya jawab 'My work is just fine, I have no problem what so ever with my work, but I just don't love it. I need something that can challenge my mind and my thinking. Something that I'll love to do everyday.' Yaaa, saya nak kerja yang lebih 'Value added' lah kalau nak senang cerita. Lebih, ok. After borak panjang dengan boss tersayang, boss pun cakap 'Nanti forward lah resume kat saya, saya nak tengok your past experience and skills and saya akan tengok team mana yang sesuai untuk Shikin'. Oh! bila boss cakap macam tu, mata saya macam bersinar-sinar bak berlian. Haha. Sebab nya, from that.. saya tahu, saya ada harapan nak masuk team lain and buat new things.
Resume forwarded the next week after the chat we had. Boss got to me and said, 'I'll get back to you by the end of this week ok'. I said 'Ok'. Tapi... tak sempat nak sampai end of the week pun, boss dah panggil balik and bagitahu berita gumbira kat saya. Alhamdulillah, I got the opportunity I've always wanted. Cuma belum officially declare yang saya dah ditukar kan team lah. So in this week itself, I attended training with my new team and new team members as well. My first training with them. I love it. It's new. It's mind challenging and it's something I definitely need. I'm ready. *Grinning*

Ok dah habis cerita nya, till then bye!


Ramadhan 2011

Salam,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak to everyone ye! Rasa nya it is not too late to wish.

Ok, now nak cerita.. Eh? Ada cerita ke pun? Ok fine, tak ada lah sangat. Haha. Well, for me Ramadhan kali ni sangat-sangat lah excited nya. Sebab apa? Sebab it's puasa time lah. Setahun sekali je bulan puasa ni datang tau, so yeah I am very excited for it.

Alhamdulillah, this time around saya agak rajin jugak lah menunaikan solat tarawih kalau nak compare dengan tahun-tahun yang lepas, maybe kesedaran tu dah meningkat memandang kan umur pun dah meningkat jugak. Oh yeah, I just turned 28 last July k. I still want to say this 'umur meningkat but I am still young at heart and muka pun masih muda belia lagi! Aww'. Eh jangan memain ok, budak umur 21 pun said I look like I'm in my 23rd k. Itu adalah fakta sahih.

Ok ok, back to my Ramadhan story.. well like always, everytime Ramadhan mesti lah got bazaar Ramadhan kan? So yeah, I'm one of those people yang tak miss pergi bazaar. Sebab nya, bazaar Ramadhan just belakang rumah je. Haha. How lucky I am? Very! Hehe. Oh lagi pun, bulan puasa adalah bulan rehat-rehat, so my mom herself pun tak memasak sangat in bulan puasa. Yang tinggal dalam rumah pun semua nya dah bekerja except for my sister yang masih study, so.. setelah penat drove home, memang tak ada semangat lah nak masak kan? apa lagi, went straight to the bazaar lah jawabnya. Hee.

In bulan Ramadhan jugak lah, otak berjalan dengan agak laju fikir about kuih raya apa yang nak dibuat. Mom already made a statement which is 'Ibu taknak beli kuih raya tahun ni, Ibu nak anak-anak ibu yang buat kuih raya.' Yaaa itu dia statement yang agak berapi dari bonda ku sayang. Haha. Tapi saya sebagai anak, faham.. sebab nya anak bonda ni memang pandai bake kuih! Aww *Masuk besen angkat sendiri nampak Kin* Kihkihkih. Ok ok, tahun kuih raya yang dicita-cita nak buat tu adalah :
  • Chocolate chip cookies
  • Kuih tart nenas (InsyaAllah)
  • Brownies (My sister's department. Hehe)
  • Kuih cornflakes madu (Wajib - sister's department)
  • Kuih semperit (InsyaAllah)
Haa.. tu je lah for now. TO DO list je to, tapi tak tahu mampu buat semua ke tak ye. Hehe. Apa pun, semangat memang berkobar-kobar nak bake cookies raya sebab dah lama rasanya tak mem bake apa-apa ni.
Ok that's all for now, my Ramadhan story.

Till then, bye!

On hiatus

Salam,

Hi all, yes I was on hiatus! Lama dah rasanya tak ber blogging ni.

But.... now I'm back. Hehe.

Lipstick oh lipstick!

Salam,

Haa ni nak cerita, cerita baik punya!

Saya kan.. tertinggal lipstick kesayangan kat dalam peti ais! Hehehe. Kelakar tak? *Angguk please cakap kelakar*.

My lipstick sebijik color ni k.
Ok, alkisah nya mcm ni.. semalam drive kete bonda pi kerja, pastu bawak lah sekali bag makeup kesayangan warna purple tu sekali and letak kat seat sebelah. Bila dah sampai office, boleh pulak terlupa nak keluar kan sekali bag makeup nye tu. La ni kan hari2 panas terik? So apa lagi kan... lipstick kesayangan pun dah sikit mencair kan diri dia sendiri sebab terpanas dalam kete. Ahaha.

Pastu.. bila dah sampai rumah, terus lah nak pi buat upacara menyelamat kan lipstick kesayangan dari terus cair, apa lagi.. masuk terus dalam peti ais. Tapi tak lah masuk dalam freezer nya k? Letak kat bawah tu je. Tup tup, pagi tadi terlupa terus nak keluar kan dia balik. Adoi lah kan? Jangan keras sudah lah ye lipstick kesayangan? Puhleaseee.

Ok dah habis cerita, bye!

New item!

Salam,

Ok ni nak kasik tahu, I've added a new item in my blog. Hehe tu pun nak kecoh kan? No lah.. nak kasik tahu je. I've added a chatbox so that sesiapa yang drop by, kot lah ada orang2 lain yang drop by baca my blog yang tak seberapa ni nak tinggal2 pesan, surat layang ke, notis ugut ke apa ke kan? Senang lah saya nak baca.. Hehe, tapi jangan lah kasik surat layang or notis ugut or notis tuntutan hutang yeh kengkawan? Kasik surat cinta takpe, saya dengan berbesar hati nya akan balas surat cinta anda *Perasaan sungguh awak ni Kin!*
Ok lah, apa2 nanti drop lah any message ye. Nak chit chat kosong pun boleh, takde masalah. Wa kasik layan sama lu orang punya k? Hehe.

Ok lah, nak pi mandi. Dah busuk dah ni. Pasni nak keluar pi Perodua sat nak pi visit showroom Perodua Myvi baru. Ibu abah dah siap pi tengok lepas balik kerja tadi, bayang kan dorang lagi laju dari saya. Siapa yang pakai Myvi sebenarnya ni? Saya hairan! Ahaha. Tapi... dorang cakap mcm ni 'Kin, color hitam lagi lawa Kin, lagi nampak sporty and class kalau compare color putih Kin'. I then said to them 'Biar Ikin tengok dulu k? Pastu kalau berkenan baru tukar color k?'. Ibu terus cebik buat muka. Sabar can ah mom?

Ok, till then. Bye!

Snap shots!

Salam,

These are the snap shots of the new Perodua Myvi I'm buying, gotten from Paultan.org. Thanks Paul!



Handsome jugak kan? *Angguk!*

Invited

Salam,

Hello.. ni nak cerita ni. Hehe. Emm I was invited by Maybank for the new Perodua Myvi launching by them this Friday! Apa kena mengena Maybank dengan Perodua launching? Jap eh ni nak sambung cerita ni k?

It was like this, once upon a time.. Selasa lepas pun sebenar nya, orang Maybank call cakap mcm ni 'Cik Shikin loan kereta cik dah lulus yeh', I was like wah so happy lah kan sebab nak tukar kereta baru. Myvi baru k? Then orang tu sambung, 'Maybank nak jemput Cik Shikin datang ambik replika kunci kereta Myvi this Friday morning', and I was like eh? Replika kunci? Wujud ke benda mcm tu? Haha. Then I remember tergelak sambil otak terfikir ni apa ni? Lawok ke apa? Ke ada orang nak pekena ni? But then.. no one knew I am buying a new car pun. Kan?

Pastu.. lepas otak dah boleh proses information, baru lah mulut ni berkata-kata 'Ok kat mana tu nak ambik?', that girl replied 'Oh dekat HQ kita Jalan Pudu', then I asked her 'Ni kang ada masuk paper ke? Ish tak nak lah', then she said 'Mungkin ada cik, tapi tak sure lagi. Ada 3 orang yang Maybank pilih and cik salah seorang', ni kira lucky owner lah kot kan yang terpilih ni.

Lepas dah proses info yang selambak masuk tu, I then told her that 'Boleh tak call balik Khamis nanti sebab nak kena fikir dulu, saya ni baru je lepas cuti, kalau Friday tu mcm tak dapat je', the that girl 'Oh yeke? Takpe nanti Khamis saya call cik balik lah', I was like 'Ok thank you babai'. Seriously I didn't know what else to say at that point of time selain 'nanti saya fikir dulu'. Huiii biar betul kan nak ambik replika pastu nanti masuk paper? Tak ke femes mak nanti? Ahaha.. *Jangan nak perasaan sangat Kin, I know you guys dok sengih angguk kan!* Huh.

Bila dah sampai rumah, I told my parents about it and mom was like so happy, she all smiled the time I told her the news. Dia cakap 'Ok lah tu, pergi lah. Ada dapat apa2 lagi ke? Diskaun ke apa?' *Ohhh ibu, ibu ni semua nya nak diskaun kan?* Haih. I said at her, 'Taknak lah, segan. Nanti masuk paper pastu kang orang office gelak', dad was also agreed with mom about everything, nak suruh pi jugak ambik kunci kadbod tu. Abah boleh cakap 'Pergi je lah, nanti masuk paper ke, tv ke, pastu orang kenal'. Hahaha, who would want to kenal me lah bah oiii? Tak ada point pun I guess orang kenal, lagi nanti ada orang serang hendap ada lah tak?

Tapi.. apa pun, nak kena fikir balik. Sebab Khamis dah tiba. Told someone about it, and he encourage me to go. Hehehe. I might, perhaps. Perhaps ok! Don't count on it.

K lah tu je, cerita dah habis. Nak tido.

Till then, baboi! *Loghat Ostolia k*

Nawaitu

Salam,

Now.. I want to share bit about my nawaitu lately ni. Hmm, boleh ke share sebenar nya? Boleh kot? Ok ok, nak cerita ni.. I have a nawaitu yang 'nak menutup kepala/rambut', which is mean, saya nak bertudung. InsyaAllah. Hati dah terasa-rasa kebelakangan ni, cuma bila nak terlaksana wallahua'lam.

Saya dah cakap about my suara hati to my mom, and dia sangat2 happy. Sebab nya? Dia sendiri dah lama pujuk anak dia sorang ni suruh pakai tudung.. antara bebelan dia is 'pakai lah tudung Kin, abah tanggung dosa awak banyak dah', 'pakai lah tudung Kin, awak dah besar dah.. jangan lah tayang rambut lagi, kesian abah'. All this while I've been ignoring mom's words. Bukan apa, I just wanted to be 'ready' first. Bila sebut 'ready', orang selalu kata tak payah ready2, tudung ni wajib so apa kisah nak ready?

Well.. not for me ok. To be ready is important! Ini soal diri sendiri dengan Tuhan yang satu. Bila saya dah pakai tudung nanti, I would not want to 'bukak2' lagi.. or pakai kejap pastu bukak balik tayang rambut. NO, I dont want to be that kind of person or.. pakai je tudung, tapi still nakal. Taknak lah kan? So, that is why.. to be ready is important for me.

Yesterday, mom sms-ed me during work, dia cakap 'Kin, weekend nanti kita pi KL cari tudung k? Adik pun kata dia nak pakai tudung balik'. Alhamdulillah, sambil senyum baca message ibu sebab nya adik saya dulu pakai tudung, pastu bukak. Now, insyaAllah dia pakai balik and kekal that way.

So... this weekend will be 'Hunting Tudung Day for Mom and Daugthers!', Hahaha noice! *Nice loghat Australia k*.

InsyaAllah *Nyanyi sikit Maher Zain*.. after bila semua selesai and dah sedia sesedia nya, bertudung lah saya. *Doa kan lah ye*. Chup! Nak tunjuk sikit tudung jenis mcm mana saya suka nak pakai.

Till then, bye!

C a m e r a !

Salam,

Hi! meh sini nak cerita meh.. I've been searching for a good quality camera for sometime now and I think I have found one, cuma belum beli lagi lah. Eyeing on one dulu k? Ok tak? Haha. Ok ok so now, meh kita tengok camera jenis apa yang saya maksud kan k?

Jeng jeng jeng...

Tadaaa! Yeah it is a Lumix, Lumix Lx-5 to be precise. Comel kan? *Angguk please*. Dia ada previous version which is Lx-3, I used to eyed on that one too, tapi di sebab kan dah keluar the new version and function has been improved, so better chose Lx-5 lah kan. Kalau nak tahu more detail, nah pi masuk sini and tengok snap shot or apa2 ke k.

Sekarang ni dok tengah nak mengumpul budget lah ni nak beli this camera and I think the one that will be my first ever camera! (which I bought myself lah kan). Dulu ada je camera tapi camera mak ayah. Haha lawok.

Ok ok, sambung cerita.. Lumix ni best, dia ada accessories dia sendiri which consist of few lenses, lense cover, vintage or bold camera cover, tripod and few more stuff. Menarik kan? Haih, bila lah nak pergi beli kan?

So Kin *Cakap dengan diri sendiri ni, jangan sibuk2*, simpan duit banyak lagi so that boleh beli cepat k. Amin!

Ok, habis dah cerita, till then.. bye!

Back in the office!

Salam,

Yeah I'm back in the office already, though I am not really ready for work. But its an obligation kan, so tak nak kena jugak lah masuk office and buat kerja dengan seikhlas hatinya supaya rezeki berkat. Kan kan? *Sendiri angguk kepala*. Hehe.

So far today am not really busy, cuma nak mengemail dan mengupdate as per usual. Yeah my job banyak kena email2 orang, pastu call2 orang which I think bila orang tengok my email they all will say 'Eh email minah ni lagi, bosan! stress!'. Kot lah kan, haha.

Today, sesambil tu.. saya dok mengupdate blog yang tak seberapa ni lah. Then, tengok opening for new intake untuk sambung belajar balik. I'm eyeing on OUM k! Open University Malaysia nama nya pada sesiapa yang tak tahu k? Hehe.

Ok tu je lah for now, tak banyak sangat pun yang happen today.

Kthxbai!

Ya Robbi

Salam,

Hi! saya sangat aktif malam ini k. Masuk ni dah 3 post dah saya published. Hehe. I know I know, my post all semua nya pendek2 belaka. But.. sila baca description to my blog yeh? 'Tempat merapu meraban'. Haha. 

Ok ok, saja nak kongsi lagu ni dengan semua orang. Sebab nya saya rasa lagu ni best, dan agak mendalam lirik dia. Someone gave it to me few months ago and I love it. It is a song by Burn & Soul - Ya Robbi. It was one of the soundtrack in the movie Khurafat. K lah, hope you guys have a listen to it k, because I did like thousand time already!

Till then, bye!

I found a new theme!

Salam,

Haa tak sampai berapa minit dah ada post baru, hebat tak hebat tak? Hehe. Oh well, saja nak tukar theme baru. Sometimes somethings need a change kan? So kira yang ini macam agak cute sikit lah dari yang dulu *aww ayat perasan kejap*. Hehe. Kali ni ada bunga2 sikit, dulu ada emm awan2. Haha. Tak perempuan lah kalau tak bunga2 ye tak? *Angguk cepat!*

Ok dah, sekian.

Instant update!

Salam,

It has been awhile now since I last wrote anything on my blog. But somehow today I feel like writing again, maybe sebab gatai terasa nak bercerita kot. Hehe.

K lah k lah, lately I have been very busy with work. 'Abang sebelah' dah resign about a month ago or so. So I am responsible for all his work now, taking over orang kata. So far, I am enjoying it sebab kerja tak berapa nak menyesakkan kepala, at least yet! Tak tahu lah esok lusa or tulat akan sesak pulak kan? So far, alhamdulillah manageable :).

Other than that, I also have been baking a lot of cakes and breads. Yeah, I call it a hobby. Jangan taktau cheq pandai bake2 ni tau. I love baking, though I didn't eat much of what I baked, but the satisfaction bila tengok orang lain makan tu mak aih, sangat2 best k! I think about 2 months ago, I have made sausage buns, tu tiba2 nak buat sebab tengok a friend buat at first then dia bawak kat office, I ate 3, hehe pergh sedap!. Then I baked a blueberry cheese cake sebab ayahnda yang tersayang teringin nak makan cheese cake. I was so proud of myself sebab berjaya hilang kan kempunan ayahnda tersayang makan cheese cake k! *baguih tak anak abah ni?* Lepaih2 tu ada lah 2-3 kali bake cheese cake lagi. Hehe.

Lagi apa yeh nak update? *Ceh macam orang kisah hang update ke tak? kan?*. Oh well, I am taking a 3 days break from work, and today is my third, bersambung pulak on weekend. Lama kan cuti? I am loving it. Best kalau ada kerja sendiri kan? tak payah risau office hours, tak payah sibuk nak kipas bon bon orang, tak payah nak jaga hati sesiapa, tak payah itu dan ini. Kan kan? *I know you guys tengah dok angguk kepala, I know!*

Eh, rasa nya this is for now. Kalau ada cerita lagi, cheq kasik update sini ok?

Until then, bye!

First time blogging

Salam,

Hi all, this is my first time blogging. Eh first time ke? Emm how to say? Dulu pernah ada tapi tak ke mana, but now.. macam nak start balik gitu. Kenapa tiba2 nak ada blog balik? Oh sebab nya adalah.. pengaruh kronik kawan yang sangat2 kronik yang suka ber blogging. Hehe. Bila baca blog dia rasa macam best pastu rasa macam nak blog jugak. Poyo tak? *Jangan angguk kepala k!*

Other than that, hari2 baca blog orang lain, boleh dikata kan menjadi sumber inspirasi. Eceh geli baca ayat sendiri. Haha but yeah.. some of them agak memberi inspirasi lah jugak. K k enough of my introduction. Hehe. InsyaAllah ada lagi post akan datang.

Till then, bye now!